Perkhidmatan awal kanak-kanak, sama ada kanak-kanak arus perdana atau kanak-kanak berkeperluan khas, bukan sekadar tentang pembelajaran di dalam kelas ia adalah tentang memberi harapan, peluang dan masa depan yang lebih cerah kepada setiap anak yang memerlukan perhatian yang berbeza. Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi tersendiri dan dengan sokongan, kasih sayang serta intervensi awal yang tepat mereka mampu berkembang mengikut kemampuan mereka. Melalui pendekatan yang sabar, persekitaran yang selamat dan bimbingan profesional, pendekatan awal ini membantu kanak-kanak membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta asas pembelajaran yang penting untuk kehidupan mereka. Kerana bagi setiap kanak-kanak, tidak kira cabaran yang dihadapi, mereka berhak diberi peluang untuk belajar, berkembang dan bersinar dengan cara mereka sendiri.
Konsultasi TempahanPendekatan Holistic dan Berkualiti
Pendidik dan Ahli Terapi yang professional bekerjasama dalam mengintegrasikan Pendidikan yang bersesuaian dengan potensi kanak-kanak serta seimbang dari segi pencapaian academik dan Pembangunan teraputik kanak-kanak. Sentiasa memberikan pendidikan dengan penuh dedikasi dan kasih sayang kepada kanak-kanak serta bimbingan berterusan kepada ibubapa sebagai kesinambungan Pendidikan.
Persekitaran yang Selamat
kami menyediakan persekitaran yang selamat dengan pantauan CCTV 24 jam dalam suasana yang seronok bersesuaian dengan keperluan perkembangan kanak-kanak.
Tenaga Pengajar dan guru yang terlatih, berkemahiran serta berpengalaman
Semua warga pendidik adalah berkelayakan, dedikasi, penyayang, sabar, terlatih dan berpengalaman luas dalam menguruskan kanak-kanak.
Kemudahan yang Lengkap dan Kondusif
Mempunyai ruang kelas dan bilik terapi berhawa dingin, Bilik Gym, Sensory Room, Peralatan BBM serta Ruang aktiviti berkumpulan yang luas dan mesra kanak-kanak.
Ratio yang Rendah
Jumlah ratio guru dengan kanak-kanak yang rendah bergantung kepada tahap pencapaian, perkembangan serta penguasaan kanak-kanak.
BB Education Centre telah beroperasi semenjak tahun 2024 dan sangat berpengalaman dalam menguruskan operasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pendidikan Khas. Lokasinya yang strategik dengan Kawasan perumahan dan sekolah menjadikan BB sebagai sebuah Pusat Pilihan Utama untuk ibubapa dan Masyarakat. BB memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan holistik kanak-kanak serta membantu memenuhi keperluan masyarakat masa kini.
Perkhidmatan ini bukan sahaja memberi penekanan kepada aspek keselamatan dan kebajikan, malah turut menitikberatkan pembangunan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak mengikut tahap keupayaan masing-masing. Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pendekatan yang lebih tersusun, terancang dan bersifat individu, manakala pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika pula menjadi asas kepada pembentukan sahsiah, kemahiran berfikir dan kesediaan memasuki alam persekolahan formal.
BB berusaha untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih baik kepada kanak-kanak yang memerlukan di luar sana. BB memahami pentingnya peranan pendidikan dalam membentuk masa depan individu. Oleh itu, BB menyediakan program yang merangkumi pelbagai aspek pembelajaran, dari akademik hingga kemahiran sosial. Melalui pendekatan yang penuh perhatian dan sumber yang disediakan, BB berazam untuk memberikan pendidikan yang relevan dan membangunkan potensi setiap kanak-kanak.
Seiring dengan peningkatan kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan intervensi awal dan pendidikan berkualiti, BB yang menggabungkan kedua-dua perkhidmatan ini berfungsi sebagai platform yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan inklusif di mana setiap kanak-kanak dapat berkembang dengan penuh keyakinan. Dengan tenaga pengasuh, pendidik dan ahli terapi yang terlatih serta penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai, setiap kanak-kanak diberi peluang untuk berkembang mengikut potensi diri secara optimum. Di samping itu, perkhidmatan ini juga membantu meringankan beban ibu bapa yang bekerja dengan menyediakan penjagaan yang sistematik, berstruktur dan dipercayai.
BB diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan sejak peringkat awal usia, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui pendekatan yang inklusif dan mesra kanak-kanak, BB beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, profesional dan memenuhi keperluan perkembangan setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang dan keupayaan.
Menjadi peneraju Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pendidikan Berkeperluan Khas yang memanfaatkan inovasi dan pendekatan holistik dalam mendidik, menginspirasikan, dan memperkasakan individu dengan keperluan khas untuk mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.
Kami merealisasikan perasaan ingin tahu, harapan dan potensi setiap kanak-kanak. Kami berusaha memupuk minda yang positif dan menggalakkan penerokaan, membantu kanak-kanak melihat dunia dari sudut yang meluas dan tidak terbatas.
Kami mewujudkan tempat perlindungan kepada setiap kanak-kanak agar mereka berasa dihargai dan diberi sokongan dari orang sekeliling. Kami juga menekankan kesejahteraan emosi dan sosial setiap anak-anak supaya mereka juga dapat mengendalikan emosi mereka dengan baik. Kami juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memupuk keyakinan diri dengan kepelbagaian aktiviti dan program yang bersesuaian mengikut perkembangan mereka.
Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang tersendiri. Kami berkomited untuk membantu kanak-kanak memupuk kekuatan dan bakat yang ada dalam diri mereka. Kami menyediakan program yang menarik bersesuaian dengan kemampuan diri mereka. Setiap kanak-kanak perlu diraikan keistimewaan mereka supaya mereka percaya dalam diri atas kebolehan mereka tersendiri.
PERKHIDMATAN KAMI
Bright Berries Special Needs Education
Bright Berries Integrated Islamic Preschool
MOHD AZREEY BIN AZNAN
TEACHER
RAMZILA BT RAMLAN
TEACHER
NUR SYAHIRAH BT MAZLI
TEACHER
NUR AIN ILLANI BT NASROL
TEACHER
NURHANINAH BT BOB
TEACHER
NUR ANIS SABRINA BT KARAMI
TEACHER
MOHAMAD ZULKHAIRI BIN ABDULLAH
TEACHER
Isi maklumat anda dan team kami akan hubungi untuk membantu memahami keperluan anak anda